Anugerah Bintang Popular 2019 (ABPBH 32)

==

Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-32 (ABPBH 32) bertemakan Melangkaui Sempadan akan berlangsung pada 22 September ini bersiaran langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di TV3 pukul 9:00 malam. Dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Elly Mazlein. Sebanyak 20 kategori dipertandingkan termasuk lima kategori online dan dua kategori baharu iaitu Artis Indonesia Popular dan Artis Korea Popular.

Antara penyanyi yang bakal membuat persembahan pada malam itu nanti ialah Aishah, Liza Hanim, Zizan Razak, Ismail Izzani, Ernie Zakri, Idayu, SonaOne, Ariff Bahran, Andi Bernadee, Hazama, Akim, Black, De Fam, Zamaera dan Stacy.

Penyampai trofi pula terdiri daripada gabungan artis baharu dan lama seperti Mustapha Kamal, Aida Khaleeda, Ella, Sharnaaz Ahmad, Tiz Zaqyah, Wany Hasrita, Khai Bahar, Arslan Butt, Mimi Lana, Fikry Ibrahim, Shuib Sepahtu, Amy Mastura, Azar Azmi, Azhan Rani dan Noorkhiriah.

Comments are closed.