Ombak Rindu The Series Episod 1
==
#omabkrindutheseries
Kisah trilogi dari adaptasi bersiri Cinta Tiada Akhirnya (Ombak Rindu 2) dan Rindu Cintaku (Ombak Rindu 3), yang berkisar tentang perjalanan Hariz dan Izzah menempuhi onak ranjau percintaan setelah rahsia gelap muncul kembali.
Pelopor hiburan digital terbesar di Asia Tenggara, mengumumkan bahawa penggambaran mini-series kisah cinta paling epik di Malaysia, Ombak Rindu, telah pun bermula. Hasil adaptasi dari novel trilogi terlaris Fauziah Ansari ini mengandungi empat episod yang bakal melengkapi kisah cinta antara Haris dan Izzah.
Pada 2011, ia merupakan sebuah filem diadaptasi dari novel pertama, mengisahkan tentang Izzah, seorang gadis yang naif telah dijual sebagai pelacur oleh bapa saudaranya, dan dirogol oleh Hariz yang kemudian mengambilnya sebagai perempuan simpanan. Di dalam filem tersebut, cinta berputik antara mereka yang membawa ke pernikahan.
Pada tempoh pelancaran, buat pertama kali dalam sejarah, sebuah drama cinta berjaya merangkul lebih dari RM10 juta box office dan masih mengungguli sebagai 15 filem teratas yang mempunyai kutipan tertinggi di Malaysia. Populariti filem ini turut mendapat pengiktirafan atas kejayaannya yang menyeluruh – untuk barisan pelakon, pengarah, serta anugerah untuk sinematografi dan lagu tema, yang menguatkan lagi status ia sebagai sebuah kisah cinta yang ikonik. Walau bagaimanapun, filem ini telah menarik kontroversi dengan adanya beberapa pengkritik mengatakan ia mengangkat jenayah rogol.
Lapan tahun kemudian, bersama Infinitus Entertainment, iflix bakal melengkapi kisah trilogi ini dengan adaptasi bersiri Cinta Tiada Akhirnya (Ombak Rindu 2) dan Rindu Cintaku (Ombak Rindu 3), yang berkisar tentang perjalanan Hariz dan Izzah menempuhi onak ranjau percintaan setelah rahsia gelap muncul kembali.
iflix turut mengesahkan barisan pelakon mini-series ini yang juga merupakan bintang popular Malaysia, seperti Remy Ishak sebagai Hariz, Izara Aishah sebagai Izzah, Datin Diana Danielle sebagai Mila, Hanna Aqeela sebagai Elin, dan Uqasha Senrose sebagai Hazirah. Osman Ali, sebuah nama yang bukan asing lagi dalam industri ini, kembali selaku pengarah siri ini.
Mark Francis, Direktor Original Programming iflix Global, berkata: “Semasa Ombak Rindu dilancarkan pada tahun 2011, ia telah merangkul reputasinya tersendiri selaku salah sebuah filem yang paling popular dan kisah cinta yang diperkatakan ramai di Malaysia. Hari ini, ia telah menjadi sebuah judul cinta yang tidak asing lagi dalam industri. Namun, saya tidak sedar yang ia hanya merupakan sebahagian sahaja dari kisah itu, dan rupanya terdapat dua buah novel lagi yang membentuk trilogi tersebut, yang tidak pernah direalisasikan di layar perak.”
“Saya yakin mini-series iflix ini bukan sahaja menggembirakan peminat filem Ombak Rindu tetapi ia juga bakal memperkenalkan siri Ombak Rindu kepada generasi peminat yang baru. Kami ingin menaikkan semula judul cinta yang klasik di Malaysia, dan memberikannya wajah dan nafas baru kepada plot ceritanya,” kata Francis.
Gayatri Su-Lin Pillai, Penerbit Eksekutif Infinitus Entertainment, berkata: “Pada peringkat awal pengembangan konsep dan visualisasi novel terlaris ini, kami berhasrat menghasilkan sebuah produk yang bukan sahaja visualnya menarik tetapi juga menampilkan gabungan barisan pelakon yang terbaik dan pengarah yang berwawasan tinggi. Novel-novel karya Fauziah yang sangat laris ini menjadi asas cerita yang ingin dipersembahkan, tetapi kami juga mengakui hakikat bahawa ia perlu diberi nafas baru untuk mempamerkan kisah wanita Melayu moden, dengan mengekalkan aspirasi novel asal. Apa yang kami tawarkan kepada penonton ialah suatu siri yang diinspirasikan dari novel, yang akan membawa penonton merentasi pengalaman pahit-manis, onak dan duri – percintaan, debaran, drama dan yang paling penting, takdir.”
Fauziah Ansari, penulis novel trilogi Ombak Rindu, turut berkata: “Saya percaya pasti ada perbezaan isi kandungan antara novel ke bentuk karya lain berdasarkan kesesuaian persembahan. Namun, saya berharap mereka yang membaca novel Cinta Tiada Akhirnya (Ombak Rindu 2) dan Rindu Cintaku (Ombak Rindu 3) mempunyai perasaan yang seiring atau serupa, sama ada ketika membaca novel atau menonton siri premium Ombak Rindu ini. Harapan saya buat mereka yang belum pernah membaca novel ini, semoga mereka menyukai adaptasi terbaru ini dan seterusnya, mengikuti hasil karya saya yang terdapat di pasaran.”