Pengantin Lelaki Utuk Cik Gadis Ep 21

==

Nantikan drama Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis diinspirasikan dari novel karya Aulia Iman. Dibintangi oleh Nafiz Muaz, Uqasha Senrose, Yusof Bahrin dan Elly Mazlein. Drama terbitan Mache Allstar United, arahan Hashim Rejab. Akan disiarkan pada bulan Dismeber ini di Astro Ria slot DramaVaganza.

JUDUL : PENGANTIN LELAKI UNTUK CIK GADIS
EPISOD : 24 episod
TARIKH TAYANGAN : 24 Disember 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malm
SIARAN TV : Slot DramaVaganza (Astro Ria)
PENULIS SKRIP : Intan Zarina
PENULIS NOVEL : Aulia Iman
PENGARAH : Hashim Rejab
PRODUKSI : Mache Allstar United Sdn Bhd
PELAKON : Nafiz Muaz, Uqasha Senrose, Yusof Bahrin, Elly Mazlein, Harun Hashim, Azri Iskandar, Catriona Ross, Reza Hasbi, Norlia Ghani, Aman Graseka, Zarynn Min, Yusri Saleh

WATAK PELAKON 

Nafiz Muaz sebagai Kris Al-Hadi
Uqasha Senrose sebagai Salsabila
Yusof Bahrin sebagai Khyril
Elly Mazlein sebagai Yasmin

SINOPSIS PENGANTIN LELAKI UNTUK CIK GADIS

Kisah cinta pandang pertama Kris Al-Hadi dengan gadis yang sedang menanti hari perbicaraan. Salsabila telah dituduh pecah amanah dan ditahan dipenjara. Kris telah membantunya dan mereka mula saling menyukai.

Namun kedatangan Yasmin, tunang kepada abangnya, Khairyl yang selalu cuba mengodanya telah menyusahkannya. Kris telah dipaksa berkahwin dengan Yasmin oleh ayahnya kerana salah faham. Kris yang tidak bersetuju telah memaksa ayahnya membuat perancangan lain.

Pada hari perkahwinan yang sama dengan abangya, Kris dan Salsabila rasa tertipu apabila nama Salsabila disebut ketika ijab kabul dengan Khairyl. Kris kecewa dan menghilangkan diri. Kehilangan Kris membuatkan Salsabila dan ayahnya menanggung sengsara.

Sinopsis Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis

Versi novel. Cinta? Dia datang tanpa diundang, dan perginya juga tanpa dipinta. Di mana sahaja cinta itu hadir, waktu dan ketikanya tidak pernah menjadi halangan. Begitu juga dengan cinta pandang pertama Kris Al-Hadi. Cintanya berputik saat terpandang gadis berpakaian penjara. Comel dan anggun. Tapi sayang, cik gadis yang diminati sedang menanti hari perbicaraan.
“Saya nak awak tahu, dari hari pertama saya lihat awak dengan pakaian penjara, hati saya sudah terdetik untuk ambil awak sebagai isteri. Saya sayangkan awak.”~ Kris Al-Hadi
“Kalau awak betul-betul sayangkan saya, buktikan rasa sayang awak tu pada saya.”~ Salsabila
Yang menjadi masalah, gadis tersebut terhumban ke penjara kerana perbuatan manusia yang iri hati. Mujur ada dia yang sudi menjadi hero dan penyelamat. Dan kerana sikap gentleman tersebut, ada cinta lain datang dan mendekat. Tapi sayang, cinta itu cinta terlarang. Mana mungkin untuk dia menyambut cinta dari kekasih abang sendiri. Kerja gila namanya!
“Kalau you tak sihat.. biar I temankan you! I jaga you, dan you pula jaga I.” ~ Yasmin
“I cari pekerja untuk jaga akaun syarikat, bukan jaga I. Please, jauh sikit! I tak selesa, I panas.”~Kris Al-Hadi
Kerana cinta terlarang, ada yang menjadi korban. Hendak tak hendak, majlis perkahwinan yang diatur harus diteruskan dan hanya pengantinnya sahaja yang terpaksa ditukar ganti tanpa pengetahuan sesiapa.
“Jantan tak guna! Dengan tunang aku jugak kau nak buat perangai tak senonoh!”~Khairyl
“Sumpah demi Allah, aku tak buat semua tu!”~Kris
Kris mencintai si gadis bernama Salsabila, apa pun terjadi Yasmin bukan pilihan hatinya. Sudahnya, pengantin lelaki terpaksa membuat pilihan yang dirasakan terlalu payah untuk diputuskan. Antara dua gadis, Salsabila dan juga Yasmin, siapakan yang bakal dipilih? Dan antara dua pengantin lelaki, Khairyl dan juga Kris, yang mana satukah menjadi pilihan cik gadis yang indah dengan busana pengantinnya.
Jangan lupa ikuti kesudahan drama Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis yang bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7 malam di slot Drama Vaganza Astro Ria.

Comments are closed.