Cetera Hati Diya Episod 3

===

==

#ceterahatidiaya

Nantikan drama Cetera Hati Diya adaptasi novel Isteri Aku Kalis Cinta karya Mawar Kamila. Menampilkan gandingan Fattah Amin dan Azar Azmi. Diarahkan oleh Raja Mukhriz. Akan menghiasi slot Samarinda TV3 bermula 17 Jun, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam.

JUDUL : CETERA HATI DIYA
DURASI : 15 episod x 60 minit
TARIKH TAYANGAN : 11 Jun 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENGARAH : Raja Mukhriz
PRODUKSI : Wiranusa Corporation Sdn Bhd
PELAKON : Fattah Amin, Azar Azmi, Zila Bakarin, Azrel Ismail, Faye Kusairi, Raja Hakim, Asha Zainul, Melanie Tan, Mak Wan Latah

WATAK PELAKON
Fattah Amin sebagai Zahil
Azar Azmi sebagai Diya
Azrel Ismail sebagai Zakuan
Zila Bakarin sebagai Dato Laila
Faye Kusairi sebagai Kamelia
Raja Hakim sebagai Syamil
Asha Zainul sebagai Maira
Melanie Tan sebagai Rania

SINOPSIS CETERA HATI DIYA
Mengisahkan Adelia Dayana (Diya) telah lama menutup hatinya untuk cinta dan memang tidak mempercayai mana-mana lelaki. Ini disebabkan oleh peristiwa hitam yang dilaluinya apabila dia telah diperkosa oleh Zakuan, rakan sekerjanya. Malah, dia juga telah dibuang daripada keluarga setelah mereka mengetahui dia sebenarnya mengandung apabila dikejarkan ke hospital akibat terjatuh dari tangga lalu keguguran. Zakuan pula tidak mahu bertanggungjawab.

Dalam mengelak untuk menjalin hubungan dengan sesiapa, Zahil Hariz hadir menguji prinsip diri Diya. Zahil cuba memenangi hati Diya walaupun Diya menunjukkan sikap dingin. Zahil menemui keluarga Diya dan menyunting Diya untuk dijadikan isteri. Zahil turut menjelaskan kejadian hitam yang menimpa Diya dan ingin bertanggugjawab diatas kesalahan Zakuan, adik tirinya. Ibu bapa menerima Diya kembali dan Diya terpaksa menerima pinangan Zahil.

Mereka berkahwin namun Diya masih bersikap dingin dengan Zahil dan Zahil terus cuba mencuri hati isterinya. Langit tidak selalu cerah, Zahil disahkan mengidap Leukimia, pada masa yang sama Diya pula disahkan mengandung.

Comments are closed.