Salam Dari Syurga Lakonan Yoe, Asif dan Syahmi Shazli

====

#Salamdarisyurga

Penampilan istimewa, Yoe, Asif dan Syahmi Shazli di Telemovie Salam Dari Syurga di Citra Exclusive Astro Citra minggu ini.

🎬 27 Jun 2020.
📌Sabtu | 9 Malam.
📺Tayangan serentak Astro Citra & Citra H

Sinopsis S A L A M D A R I S Y U R GA

AMAN, seorang lelaki lemah lembut yang meninggalkan kampungnya selepas rasa kecewa yang mendalam dengan penduduk kampung yang memandang serong terhadap dirinya. Walau bagaimanapun, beliau memutuskan untuk kembali tinggal di kampung untuk menjaga ibunya ( Fauziah Nawi). Pertemuan AMAN( Azman Ahmad) dan DANIEL( Johan As’ari), seorang anak yatim piatu yang sering menjadi mangsa penindasan telah membuatkan AMAN berasa simpati dan beliau membuat tawaran kepada DANIEL untuk tinggal bersamanya. Kemunculan DANIEL di rumah AMAN telah menerbitkan rasa kurang senang LAILA (Sara Ali), seorang gadis kampung yang mengharapkan cinta dari AMAN. .

Comments are closed.