Biar Mereka Cemburu Episod 13

#biarmerekacemburu

Nantikan drama adaptasi novel ‘Biar Mereka Cemburu’ karya Anuar Darwisy di slot Megadrama, Astro Ria. Menampilkan gandingan Aiman Hakim, Nabila Razali dan Izzat Mushtaq. Drama komedi romantik arahan MP Roslin Sharif, terbitan Global Station Sdn Bhd. Akan datang bulan November nanti.
JUDUL : BIAR MEREKA CEMBURU
TARIKH TAYANGAN : November 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Megadrama (Astro Ria)
PENULIS NOVEL : Anuar Darwisy
PENGARAH : Roslin Sharif
PRODUKSI : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Aiman Hakim Ridza, Nabila Razali, Izzat Mushtaq, Bella Dowanna, Rubini Sambanthan, Hasmira Azmi, Syahir Shafein, Adam Malek, Aedy Ashraf, Shah Rezza, Mas Anizan sebagai Engku Zulaikha
WATAK PELAKON
Aiman Hakim Ridza sebagai Tengku Eidil
Nabila Razali sebagai Nadia
Izzat Mushtaq sebagai Rostam
Rubini sebagai Marsha
Aedy Ashraf sebagai Fetri
Bella Dowanna sebagai Nabila
Hasmira Azmi sebagai Sofea
Syahir Shafein sebagai Reza
Adam Malek sebagai Nabil
Shah Rezza sebagai Tengku Alauddin
Mas Anizan sebagai Engku Zulaikha
SINOPSIS BIAR MEREKA CEMBURU
 
Nadia, satu-satunya konduktor bas di KL ini yang kalau dirapikan penampilannya, pakai cantik-cantik, agaknya berduyun-duyun lelaki yang jatuh cinta. Tetapi dalam kesederhanaannya itu jugalah, dia masih berjaya menambat hati dua orang jejaka. Seorang pemandu bas dan seorang lagi anak tengku. Dia keliru. Hendak memilih cinta yang mana satu sedangkan hendak bercinta pun dia tidak tahu!
Rostam, pemandu bas yang malu tapi mahu orangnya. Punyalah berat mulut hendak meluahkan perasaan kepada konduktor basnya sendiri. Apabila datang kekuatan dalam diri untuk berterus-terang, datang pula pesaing yang membuatkan dirinya rasa tercabar. Dia perlu cepat melafazkan kata-kata cinta tetapi sempatkah dia? Tapi jangan tak tahu, dia juga ada peminat fanatiknya sendiri. Tiap-tiap hari mengajaknya kahwin! Perempuan berani mati yang sanggup terjun bas apabila dia menolak cinta perempuan itu.
Iedil, anak tengku, lelaki yang punya segala-galanya. Termasuklah kekasih hati. Tetapi entah bagaimana, boleh pula dia berkenan dengan konduktor bas seorang ini. Sampai sanggup naik bas tiap-tiap hari ke tempat kerja semata-mata mahu berjumpa dengan si konduktor cantik ini. Tapi bukan senang! Sebab dia kan sudah ada kekasih hati.
Di sana menanti, di sini menunggu. Di kota Paris, Nadia membuat istikharah.

Comments are closed.