Projek Anchor SPM Episod 3
-==
==
#rinduawakseparuhnayawa
Nantikan drama premium Astro Originals ‘Projek Anchor SPM’ diinspirasikan daripada penipuan yang dirahsiakan di Malaysia. Akan datang mulai 15 Mac ini, setiap Isnin, 9.00 malam, di Astro Citra, saluran 108 HD | 128 SD, atau strim di On Demand dan Astro GO
JUDUL : PROJEK ANCHOR SPM
EPISOD : 8
TARIKH : 15 Mac – 3 Mei 2021
WAKTU SIARAN : Isnin, 9.00 malam
SIARAN TV : Astro Citra 108 (HD) & 128 (SD)
PENULIS SKRIP : Anwari Ashraf
PENGARAH : Razaisyam Rashid, Anwari Ashraf
PRODUKSI : Alpha47 Films, Astro Shaw
PELAKON : Daiyan Trisha, Aedy Ashraf, Shasha Abedul, Nadhir Nasar, Chubb-E, Adlin Aman, Tony Eusoff, Hasnul Rahmat, Daniella Sya, Susan Lankester, Fadhli Masoot , Taufiq Izmir, Danish Hazriq
WATAK PELAKON
Daiyan Trisha sebagai Aaidaa
Aedy Ashraf sebagai Aizat
Shasha Abedul sebagai Jaja
Nadhir Nasar sebagai Hilmi
Chubb-E sebagai Botol
Adlin Aman Ramlie sebagai Tuan Awang
Tony Eusoff sebagai Zubir
Daniella Sya sebagai Tai Ying
Susan Lankester sebagai Puan Rokiah
Fadhli Masoot sebagai Zaim
Taufiq Izmir sebagai Cheng
SINOPSIS PROJEK ANCHOR SPM
Mengisahkan tentang sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands, yang merupakan sebuah sekolah berasrama penuh berprestij.
Aizat, kapten pasukan ragbi yang disegani, bersama Hilmi, iaitu Ketua Pelajar dan Ketua Pengawas yang cemerlang, serta rakan mereka yang hanya dikenali sebagai Botol, adalah rakan karib dan sentiasa bersama di kala waktu susah dan senang.
Sementara itu, Aaidaa, pelajar paling cemerlang akademik STIA yang gemar menyendiri, bersusah payah membantu adik tirinya, Jaja, yang kurang mahir pendidikan, untuk bersedia hadapi peperiksaan terbesar, SPM.
Di samping itu, setelah mencuri keluar beberapa kali daripada kampus sekolah pada waktu malam, Aizat akhirnya ditangkap oleh Pengetua Awang, pengetua STIA yang amat tegas.
Pengetua Awang, memberi syarat kepada Aizat supaya tidak dibuang sekolah dan perlu meraih keputusan 8A dalam peperiksaan percubaan SPM yang sudah hampir.
Justeru, Aizat dengan terdesaknya cuba mencari jalan keluar, dan akhirnya berjaya bersekongkol dengan Aaidaa, dan menghasilkan sebuah pelan untuk membantu rakan-rakan seluruh tingkatan mereka cemerlang SPM melalui strategi meniru besar-besaran.