Diari Seorang Suami Episod 8
===
==
#diariseorangsuami
SINOPSIS DIARI SEORANG SUAMI
Hairi (Afieq Shazwan) dan Neesa (Yuna Rahim) berkahwin pada usia muda walaupun tidak direstui oleh keluarga. Masing-masing hanya berumur 18 tahun. Hairi berbekalkan sijil SPM manakala Neesa bakal menduduki peperiksaan STPM. Mereka telah membuat keputusan untuk berkahwin lari.
Mereka berdua mula menjadi gelandangan di Kuala Lumpur. Malahan, mereka juga tidak mempunyai arah tujuan dan pekerjaan yang tetap. Di situ, Hairi dan Neesa terpaksa melalui pelbagai onak duri hidup dalam kalangan masyarakat gelandangan. Kisah hidup mereka bertambah rumit selepas Neesa disahkan mengandung. Semuanya dicatatkan di dalam diari Hairi yang tidak pernah diketahui oleh Neesa.
Orang Kaya Azman (Keith Foo) muncul dalam hidup mereka dan mahu membantu Hairi dan Neesa. Orang Kaya Azman menawarkan pekerjaan kepada Hairi malah juga membenarkan kedua-duanya tinggal di rumah agam miliknya. Apakah yang bakal berlaku pada Hairi dan Neesa? Diari Hairi bakal menjawab hati dan perasaan seorang suami.
Published: Friday, November 26th, 2021
Category: ALL, ALL DRAMA, Drama Melayu, Dramas, Malay Drama
Tags: Diari Seorang Suami