I Promise Janji Anaqi Episod 28

===

==
#ipromisejanjianaqi
Tonton Drama rantaian ‘I Promise Janji Anaqi’ diadaptasi daripada novel karya Acik Lana, dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad dan Emma Maembong. Drama ini bakal menemui penonton di Astro Ria mulai 6 Disember 2021, setiap Isnin hingga Khamis jam 11 malam.

SINOPSIS IPROMISE JANJI ANAQI
Bergelar isteri sejak berusia sembilan belas tahun, Hayla tak pernah bahagia. Malah cukup terseksa tatkala menjadi mangsa keganasan suaminya sendiri. Perbezaan usia yang ketara membuatkan Zafran begitu keras menjunjung ego. Gila kuasa! Semua mahu diatur suaminya dari A to Z.

Lima tahun menadah sepak terajang, Hayla tekad untuk melarikan diri. Beberapa siri pertemuan dengan seorang pemuda ‘tak berperasaan’, perlahan-lahan telah mengubah rentak hidupnya. Dan siapa sangka ‘tuan’ yang mentadbir rumah agam tempat dia menumpang adalah orang yang sama. Pemuda tak ada perasaan itulah!

Dan Anaqi pula bukan sembarangan manusia. Diasuh dan dilatih menjadi lelaki yang hebat dan cekap, tak pernah gentar dia menghadap cabaran dunia. Tapi satu kemalangan yang cukup tragis telah meranapkan segala keyakinannya. Hancur. Musnah. Lenyap segala kemahsyuran yang dibina. Dia bernafas hanya demi menanti ajal yang bakal tiba.

Comments are closed.