The Masked Singer Malaysia Musim 3(2023)-Minggu 9


#themaskedsingermalaysiamusim3

‘The Masked Singer Malaysia’ Musim 3 bakal menyaksikan penglibatan 8 orang personaliti yang terdiri daripada pelbagai cabang industri hiburan untuk menduduki kerusi Juri Tetap termasuk 7 muka baharu.

Bersiaran secara rakaman selama 10 minggu pada setiap Jumaat, mulai 23 Disember 2022, jam 9 malam di Astro Warna HD, terdapat 15 kostum menarik dan unik yang akan dipakai oleh barisan peserta iaitu Mawar Berduri, Kurita, Si Tangkis, Betta Fish, Lollipop, Bertih Jagung, Zirafah, Abg Burger, Mr Parrot, Manggis, Pizza Panas, Brokoli, Nyoq Muda, Dewi Angsa dan Si Mawas.

Seperti musim terdahulu, busana-busana ini direka khas oleh Akma Suriati Awang serta mendapat sentuhan istimewa daripada Hatta Dolmat.

Comments are closed.