Teluh Darah Episod 4


#teluhdarah

Teluh Darah arahan Kimo Stamboel dengan dibintangi, Mikha Tambayong sebagai Wulan dan suaminya, Deva Mahenra (Esa) untuk watak utama.

Mengangkat kisah kekeluargaan yang mulanya bahagia, namun bertukar tragis selepas didatangi pelbagai gangguan misteri dan menakutkan.

Ia umpama satu ‘dendam lama’ yang tidak diduga, muncul tiba-tiba dan terus mengejar mangsanya.

Menonton setiap episodnya membuatkan tertunggu untuk tahu perjalanan kisah seterusnya. Ia boleh dianggap karya yang digarap teratur dan mantap oleh Kimo untuk disampaikan kepada penonton.

Keserasian lakonan Mikha, 29, dan Deva, 33, juga terserlah untuk watak masing-masing.

Pastinya, penonton terutama penggemar karya seram boleh melayan Teluh Darah sepenuh hati dengan bermacam debaran.

“Siri Teluh Darah ini membawa banyak pengalaman baharu untuk saya melihat perkembangan watak Wulan itu. Bermula dengan seorang yang kehidupannya bahagia, gembira dan bertukar menjadi gelap selepas seisi keluarga mendapat gangguan misteri daripada ilmu hitam yang dihantar seseorang.

“Wulan perlu mencari apa sebenarnya yang pernah dilakukan ibu bapanya pada masa lalu mereka sehingga diganggu ilmu hitam. Siapa individu di sebaliknya dan kehadiran Esa sebagai kenalan juga banyak membantu Wulan,”

Comments are closed.