Lelaki Cari Pemilik Asal ,RM50 Paling Bermakna

 


Mencari tuan asal,Rm 50 paling bernilai

Tular apabila perkongsian dari seorang pengguna media sosial sedang mencari pemilik asal duit Rm 50 yang tertulis "Duit last ayah Bagi 11/5/20 Al-fatihah" yang mungkin bernilai dengan kenangan .

wang yang dipercayai hadiah terakhir dari bapa kepada pemilik berkenaan sebelum dijemput ilahi 

Pekerja swasta yang berusia 35 tahun ,Mohd Azfarul Zainol Akmar telah membuat perkongsian tersebut berkanaan penemuan wang kertas itu menerusi akaun miliknya (Tuan Lim)

Berdasarkan hantaran yang dibuat pada pagi Selasa, beliau ingin memulangkan wang kertas berkenaan ke tangan pemilik asalnya.

Tidak akan menggunakan duit tersebut selagi pemilik asalnya tidak ditemui

Perkongsiannya telah meraih rasa simpati dalam kalangan warga maya dan turut berharap agar pemilik wang itu dapat menemui wang kertas istimewanya.

Azfarul telah mendapat duit itu ketika mengeluarkannya di mesin pengeluaran automatik (ATM) di sebuah stesen minyak di Gambang dalam lingkungan 4.15 petang.

"Pada mulanya tidak sedar, apabila sampai di rumah ketika keluarkan duit, baru ternampak ayat pada wang kertas RM50 tersebut.

"Terus saya rasa terharu dan sedih bila terkenangkan mungkin pemilik duit ini terpaksa gunakan walaupun ia amat bermakna dan punya nilai sentimental, kenangan terakhir bersama ayahnya,"

Pada masa ini, pekerja swasta itu berharap agar pemilik wang berkenaan dapat ditemui kerana dirinya menyedari betapa bernilainya wang itu pada dirinya.

"Saya pun tidak akan guna duit ini selagi pemiliknya tidak ditemui, itu janji saya," kata Azfarul dengan nada nekad.

Dalam pada itu, perkongsian Azfarul telah tular di media sosial sehingga mendapat 5.8k tanda suka, 8.8k perkongsian dan 233 komen setakat pukul 6.13 petang, hari ini.

sumber:Tuan Lim

Post a Comment

Previous Post Next Post

Contact Form