Abang Bomba I Love You Episod 3

Drama terbaru adaptasi novel Abang Bomba I Love You karya Mia Kiff Azlisha akan menemui penonton di Astro Ria. Bakal menyaksikan gandingan baru Hisyam Hamid dan Amira Othman sebagai teraju utama drama. Drama bersiri 16 episod itu diarahkan oleh MP Roslin dibawah penerbitan Global Station Sdn Bhd. Akan bersiaran mulai 12 September nanti, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria dan Ria HD.

JUDUL : ABANG BOMBA I LOVE YOU
EPISOD : 16 episod
TARIKH TAYANGAN : 12 September 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam
SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
SKRIP : Rina Khan
PENGARAH : MP Roslin Md Sharif
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Hisyam Hamid, Amira Othman, Nadya Syahera, Jaslin Puasa, Kazar Saisi, Fikhree Bakar, Roy Azman, Najua Pramlee, Kuna Muzani, Rosnah Johari

WATAK PELAKON
Hisyam Hamid sebagai Rayqal
Amira Othman sebagai Lily
Nadya Syahera sebagai Mawar
Jaslin Puasa sebagai Haziq
Najua Pramlee sebagai Wani

LAGU TEMA / OST ABANG BOMBA I LOVE YOU
Tajuk : Jaga-Jaga
Artis : Amira Othman

SINOPSIS ABANG BOMBA I LOVE YOU
Perkenalan Lily dengan Rayqal, seorang anggota bomba merapatkan hubungan mereka sebagai adik dan abang. Jasa baik Rayqal menyelamatkan nyawa Lily berkali-kali membuatkan Lily menganggap lelaki itu bagaikan superherodalam hidupnya. Lily sangat mengagumi kerjaya Rayqal dan teruja memandang lelaki itu sehingga sentiasa melakukan kejutan demi menarik perhatian lelaki itu. Namun, sayangnya Rayqal hanya menganggap Lily sebagai adik yang kurang perhatian dan kasih sayang keluarga.

Hubungan baik mereka terlerai tatkala Mawar, kakak kandung Lily dan Rayqal saling jatuh cinta. Mawar yang sememangnya mahu merampas segala kesayangan Lily kerana dendamnya, menyebabkan Lily patah semangat dan hubungannya dengan Rayqal rosak disebabkan fitnah yang Mawar lakukan.

Perkahwinan Rayqal dan Mawar yang bakal berlangsung membuatkan Lily membawa diri dan berazam melupakan cinta dalam arlogi masa. Salahkah seorang budak mentah jatuh cinta pada lelaki berkerjaya jika dia mampu memandu arah cinta itu? Mampukah Lily melupakan Rayqal, setelah sekian lama berkelana di bumi asing? Adakah kepulangannya mampu menghentikan gelora cinta di jiwanya?

Comments are closed.