Tentang Hati 2 Episod 19
Saksikan kesinambungan drama Tentang Hati menampilkan lakonan Aaron Aziz, Fasha Sandha, Sherry Ibrahim dan ramai lagi. Drama bersiri 26 episod itu diarahkan oleh MP Roslin Mohd Sharif terbitan Global Station Sdn Bhd. Drama Tentang Hati 2 disiarkan setiap Selasa hingga Khamis, pukul 9.00 malam dalam slot Selekta Prima TV2. Bagi yang anda yang ketinggalan boleh menontonnya menerusi portal Myklik (myklik.rtm.gov.my)
JUDUL : TENTANG HATI 2
EPISOD : 26 episod
TARIKH TAYANGAN : 15 September 2016
HARI / MASA : Selasa hingga Khamis, 9.00 malam
SIARAN : Selekta Prima TV2 (RTM)
PENGARAH : MP Roslin Mohd Sharif
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Aaron Aziz, Fasha Sandha, Sherry Ibrahim, Rusdi Ramli, Syakilla Khoriri, Nik Adam Mika
WATAK PELAKON
Aaron Aziz sebagai Zakuan
Fasha Sandha sebagai Azeya
Sherry Ibrahim sebagai Shireen
Nik Adam Mika sebagai Qalish
SINOPSIS TENTANG HATI 2
Mengisahkan tentang Zakuan yang berkahwin dengan Azeya secara rahsia kemudian dikahwinkan pula oleh keluarganya dengan Shireen. Meskipun sukar Azeya terpaksa menerima keputusan suami dan keluarga mentuanya itu.
Namun ternyata janjinya mahu bertindak adil kepada Azeya hanya sia-sia dan tidak dikotakan. Sebaliknya Zakuan telah mengabaikan Azeya kerana tidak mahu rahsia mereka terbongkar dan seterusnya hanya menumpukan perhatian kepada Shireen sahaja.
Malang buat Azeya kerana terpaksa meneruskan hidup bersendirian sambil membesarkan anak perempuannya yang bernama Qistina. Sementara itu hubungan suami isteri antara Zakuan dan Shireen pula dikurniakan anak lelaki yang sebaya dengan Qistina iaitu Qalish.
Setelah masa berlalu dan berbagai konflik terjadi, keadaan menjadi pulih dan Zakuan dapat bersatu semula dengan Azeya setelah Shireen sanggup bermadu.
Bagaimana pun Azeya kemudiannya nekad mahu berpisah dengan Zakuan dan akhirnya dia mengambil keputusan berkahwin dengan orang lain. Namun siapakah penghantar bunga misterinya bernama Zilzal yang berjaya membuka pintu hati Azeya dan seterusnya menerima lelaki itu sebagai suaminya?