7 Hari Mencintaiku Episod 11
Drama terbaru adaptasi novel 7 Hari Mencintaiku karya tulisan Siti Rosmizah bakal mengisi slot Akasia TV3. Mengandingkan Shukri Yahaya dan Siti Saleha sebagai pelakon utama. Drama bersiri 28 episod tersebut mendapat sentuhan sutradara terkenal, Jamal Khan dibawah penerbitan Pena Creative Pictures Sdn Bhd. Nantikan tayangannya bermula 7 November 2016, setiap hari Isnin hingga Khamis pukl 6.58 petang di TV3.
JUDUL : 7 HARI MENCINTAIKU
EPISOD : 28 Episod
TARIKH TAYANGAN : 7 November 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 6.58 petang
SIARAN : Slot Akasia TV3
SKRIP : PGRs Team, Rozie Rashid, Ainaa Hanez
KARYA ASAL : Siti Rosmizah Semail
PENGARAH : Jamal Khan
TERBITAN : Pena Creative Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahaya, Siti Saleha, Wan Sharmila, Syazwan Zulkifly, Ungku Hariz, Bil Azali, Zulkifli Ismail, Zila Bakarin, Zarynn Min, Anne Abdullah, Idris Md Diah, Lia Natalia, Liza Abdullah, Rosnah Johari, Aman Graseka, Shaharuddin Thamby, Ariff, Mak Wan Latah, Faye Kusairi, Megat, Jaja Iliyes DFKL, Ira Ghani, Nor Amisah, Nurfatin Amalina, Dato Ahmad Fauzee, Shadip Azan
WATAK PELAKON
Shukri Yahaya sebagai Khuzairi
Siti Saleha sebagai Mia Adriana
Wan Sharmila sebagai Sofi
Aman Graseka sebagai Pak Samad
Liza abdullah sebagai Mak Leha
Idris Md Diah sebagai Pak Andak
Anne Abdullah sebagai Mak Andak
Rosnah Johari sebagai Roziah
Bil Azali sebagai Zaidi
Mohd Ariff sebagai Buntat (Shahrul)
Syazwan Zulkifly sebagai Helmi
Faye Kusairi sebagai Syakilla
Ungku Hariz sebagai Khalil
Jaja Iliyes sebagai Nadia
Zarynn Min sebagai Nurul Ain
Zulkifli Ismail sebagai Datuk Megat Idrus
Dato Ahmad Fauzee sebagai Dato Razman
Shaharuddin Thamby sebagai Dato Johari
Datin Ira Ghani sebagai Maria
Ben Ryzlan sebagai Tan Sri Raziq
Zila Bakarin sebagai Datin Hayati
Lia Natalia sebagai Zurita
Mak Wan sebagai Mak Limah
LAGU TEMA / OST 7 HARI MENCINTAIKU
Tajuk : Lelaki Teragung
Penyanyi : Dayang Nurfaizah
Video & Lirik : LINK
SINOPSIS 7 HARI MENCINTAIKU
Sejak kecil, Mia menganggap dirinya lebih bagus daripada orang lain dan enggan bergaul dengan orang yang tidak setaraf dengannya. Mia seorang yang angkuh dan ego. Apabila dia terpaksa berkahwin dengan Khuzairi yang berasal dari kampung, keegoan Mia telah mencetuskan krisis rumah tangga sehingga hati Khuzairi sudah tertutup buat wanita yang dia amat sayangi itu. Jika hanya diberikan 7 hari untuk menyelamatkan krisis rumah tangga itu, mampukah Mia membuka hati Khuzairi yang sudah dilukainya berkali-kali?
Memaparkan kisah Khuzairi (Shukri Yahaya) yang menikahi Mia (Siti Saleha) dalam keadaan terpaksa apabila tunangnya, Khalil (Ungku Hariz) menghilangkan diri pada hari pernikahan. Mia amat sayang dan percayakan Khalil.
Tanpa usul periksa dan berbincang dengan ayahnya Datuk Megat Idrus (Zulkifli Ismail), Mia telah menggunakan wang syarikat sebanyak RM23 juta untuk membantu syarikat Datuk Johari (Shaharuddin Thamby), iaitu ayah kepada Khalil yang sedang dibelenggui masalah kewangan. Mia yakin bahawa Khalil akan memulangkan wang tersebut.
Pada hari pernikahannya, penantian Mia hanya menjadi sia-sia kerana rombongan Khalil bersama keluarganya tidak kunjung tiba. Rupa-rupanya, Datuk Johari yang licik telah memujuk anak lelakinya itu agar pergi ke Paris untuk berkahwin dengan perempuan pilihannya. Khalil sanggup mengkhianati Mia untuk menyelamatkan syarikat ayahnya.
Suasana bertambah huru-hara lagi apabila Datuk Megat Idrus diserang sakit jantung. Untuk menyelamatkan maruah Mia, Datuk Megat Idrus membuat permintaan agar Khuzairi berkahwin dengan Mia. Bermulalah kehidupan baharu Mia bersama Khuzairi di kampung. Mia tidak senang dengan kehidupan di kampung kerana dia menganggap tempat itu tidak sepadan dengan statusnya. Malahan, Mia juga melakukan pelbagai perkara supaya diceraikan oleh Khuzairi.
Khuzairi seorang yang penyabar dan mencuba sedaya upaya untuk memikat hati Mia. Sayangnya cinta seorang suami tidak mampu menandingi ego isterinya itu. Hubungan mereka selalu pasang surut sehinggalah pada suatu hari, Mia sanggup bertindak untuk meninggalkan suami dan anak kecilnya. Khuzairi terkilan dengan kedegilan Mia yang enggan menyusukan anaknya itu walaupun telah dipujuk.
Tiadanya Khuzairi di sisinya, barulah Mia sedar bahawa sebenarnya dia juga menyayangi Khuzairi. Mia akui dengan kesilapannya dahulu dan memohon maaf dengan Khuzairi. Mia juga merayu agar diberikan peluang kedua untuk membuktikan cintanya kepada Khuzairi dan anak mereka dalam tempoh tujuh hari.
Namun, cukupkah masa selama 7 hari itu untuk Mia cuba meraih kembali cinta Khuzairi?