Jejak Karmila Episod 1

Nantikan drama terbaru di slot Zehra TV3 berjudul Jejak Karmila. Adaptasi daripada novel karya Nilam Himawari dan Rizalwan Ramli. Menampilkan gandingan Mia Ahmad, Ruhainies, Asyraf Ali bersama primadona ulung, Fauziah Dato Ahmad Daud. Drama bersiri Jejak Karmila arahan Murali Abdullah bakal ditayangkan mulai 11 Januari 2017, setiap Rabu hingga Jumaat pukul 9.00 malam di TV3.

JUDUL : JEJAK KARMILA
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 11 Januari 2017
HARI / MASA : Rabu-Jumaat, 9.00 malam
SIARAN : Slot Zehra TV3
NOVELIS : Nilam Himawari / Rizalwan Ramli
SKRIP : Marr Mohamad / Rizalwan Ramli
PENGARAH : Murali Abdullah
TERBITAN : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : FFauziah Ahmad Daud, Mia Ahmad, Ruhainies, Amy Mastura, Azri Iskandar, Asyraf Aley, Fauziah Nawi, Ben Ali, Afiq Anuar, Wani De’fam, Nafiz Muaz, Johan As’ari, Tasha Muhamad, Wan Sharmila, Duerra Mitilda, Adriana Fareesha, Amanda Misbun, Rais Hazlin, Wawa Jasni

WATAK PELAKON
Fauziah Ahmad Daud sebagai Karmila
Mia Ahmad sebagai Suraya
Ruhainies sebagai Nonie
Amy Mastura sebagai Syarifah Aniza
Asyraf Aley sebagai Syed Haikal
Fauziah Nawi sebagai Hamidah
Azri Iskandar sebagai Syed Zaidi
Ben Ali sebaagai Jojo
Afiq Anuar sebagai Ikmall
Wawa Jasni sebagai Ernie
Fendi Seman sebagai Pak Yus
Mak Jah sebagai Kak Ton
Johan Arrif As’ari sebagai Karim
Wan Sharmila sebagai Karmila (muda)
Wani De’fam sebagai Syarifah Aniza (muda)
Nafiz Muaz sebagai Syed Zaidi (muda)
Amanda Misbun sebagai Kak Inah
Wan Sidek sebagai Lan Zailan
Nada Nursyuhada sebagai Manis
Adriana Fareesha sebagai Suraya (kecil)
Duerra Mitilda sebagai Nonie (kecil)(1996)
Rais Hazlin sebagai Amirul
Nisa Ross as Nisa

LAGU TEMA / OST JEJAK KARMILA
Tajuk : Sekian Terima Kasih
Penyanyi : Azharina Azhar
Video & Lirik : LINK

SINOPSIS JEJAK KARMILA
Mengisahkan keteguhan cinta Karmila terhadap Karim (Johan Asaari), anak kepada hartawan Hamidah (Fauziah Nawi). Karmila menyara hidup dengan bekerja sebagai pembantu rumah keluarga Zaidi.

Siapa sangka, Zaidi dalam diam menyimpan perasaan terhadapnya. Kerana cinta, Karmila berhenti kerja dan ingin berkahwin dengan Karim atas dasar cinta. Namun hubungan itu ditentang Hamidah. Karim yang benar-benar mencintai Karmila memilih untuk keluar dari rumah dan mengahwininya.

Namun, Karim lebih cenderung dengan kehidupan bebas dan aktiviti-aktiviti negatif. Karmila terpaksa bekerja di sebuah kedai jahit milik Kak Shikin untuk menyara hidup keluarganya. Suraya dan Nonie yang masih bersekolah dan memerlukan perhatian Karmila dan Karim sebagai ibu bapa.

Pada suatu hari, Karim dikejar oleh rakannya untuk mengutip hutang, ketika melarikan diri menaiki motosikal Karim terlanggar Aniza, isteri Syed Zaidi yang sedang sarat mengandung. Pada malam itu, datang semula pengutip hutang ke rumah Karim dan mahukan Karim memberikan anaknya sebagai cagaran melunaskan hutangnya. Karim yang tiada pilihan cuba merampas Suraya daripada Karmila namun ditikamnya dengan gunting. Karmila dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun kerana didapati bersalah membunuh tanpa niat. Karmila menjalani kehidupan di sebalik pintu besi dengan dibelenggu kerinduan dengan kehidupan lalu diselangi penyesalan yang menghantuinya.

Malang buat kedua anak-anaknya apabila diserahkan dibawah penjagaan Puan Hamidah, ibu mertua Karmila yang menyimpan dendam terhadapnya, Suraya dan Nonie telah dipisahkan. Nonie bernasib baik apabila dia ditemui oleh Syed Zaidi. Nonie dibesarkan dengan kasih sayang oleh Syed Zaidi disamping isterinya Aniza dan juga anak lelakinya Syed Haikal. Manakala Suraya dibela oleh bapa saudaranya. Suraya berusaha untuk menjejak Karmila dan nekad untuk mencari adiknya Nonie.

Meningkat dewasa, Nonie mula menyimpan perasaan terhadap Syed Haikal, walaupun Syed Haikal telah menganggap Nonie seperti adik kandungnya sendiri. Takdir bagai sengaja ingin menguji mereka, Syed Haikal jatuh hati pula pada Suraya yang dikenali sewaktu Suraya datang untuk membuat liputan mengenai syarikatnya. Karmila juga mencari anak-anaknya namun hampa kerana Puan Hamidah sendiri tidak tahu dimana mereka. Adakah Karmila dan anak-anaknya akan kembali bersatu? Dapatkah anak-anaknya menerima ibu yang bergelar banduan?

Comments are closed.