Aku Cinta Dia Episod 5
==
==
Kisah hidup seorang gadis yang bernama Laila dalam meneruskan kehidupannya walaupun cinta yang dibina bersama bakal suaminya, Ikhwan, putus di tengah jalan.
Laila kecewa Ikhwan tidak hadirkan diri di majlis pernikahan. Lantas dia membawa diri ke luar negara seorang diri untuk mendapatkan ketenangan hati. Dia juga terpaksa menanggung malu tetapi bernasib baik kerana mendapat sokongan penuh daripada ibunya.
Tersalah membuat penempahan bilik adalah antara cabaran yang terpaksa dihadapi Laila setibanya di Amsterdam. Setelah mendapatkan tempat tinggalnya, dia keluar bersiar-siar.
Laila berkenalan dengan Sarina, seorang yang peramah dan popular di media sosial Instagram. Laila diberi kesempatan menyewa bilik di rumah penginapan Sarina setelah menceritakan apa yang telah berlaku.
Pertemuan Laila bersama Affan yang baru tiba dari Malaysia untuk melawat Sarina telah menemukan Laila dengan instacrushnya itu. Masing-masing tidak tahu sebab sebenar Laila di sana. Mereka bertiga semakin rapat.
Laila membuka cerita kedatangannya ke Amsterdam kerana suka melihat posting Instagram yang dimuat naik Affan. Tanpa diduga, Affan menawarkan diri untuk membawa Laila ke tempat-tempat tersebut.
Affan menunaikan janjinya. Laila hampir lupa kisah yang telah ditinggalkannya di Kuala Lumpur dan dia berasa amat gembira dengan semuanya sehinggalah dikejutkan dengan berita perkahwinan Ikhwan bersama rakan serumahnya sendiri iaitu Nel. Berita ini mengundang sedih dan Laila akhirnya menceritakan perkara itu kepada Affan.
Perasaan suka mula timbul. Affan memutuskan untuk melamar Laila dan ingin bernikah secepat mungkin. Laila terkejut dengan lamaran itu. Mereka berkahwin di Amsterdam. Pada masa yang sama, Sarina ingin mencari ayah kandung mereka di Malaysia tetapi tidak mendapat persetujuan dari Affan.
Laila pula runsing memikirkan penerimaan keluarganya. Dapatkah Sarina berjumpa dengan ayah kandungnya? Bagaimanakah reaksi Dr. Azhar dan Puan Zaity tentang perkahwinan anak mereka di Amsterdam?
#akucintadia