Tercipta Satu Ikatan Episod 10
===
===
#terciptasatuikatan
Nantikan drama ‘Tercipta Satu Ikatan’ adaptasi novel karya Laydee Amarfi bakal disiarkan di slot MegaDrama Astro ria. Menampilkan gandingan utama Aeril Zafrel dan Hannah Delisha. Drama arahan Pali Yahya terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd.
JUDUL : TERCIPTA SATU IKATAN
EPISOD : 20
TARIKH TAYANGAN : 29 Disember 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria)
PENULIS SKRIP : Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil
PENULIS NOVEL : Lady Amarfi
PENGARAH : Pali Yahya
PRODUKSI : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
PELAKON : Aeril Zafrel, Hannah Delisha, Izzue Islam, Sophia Barakbah, Nadhir Nasar, Nadiyah Shahab, Esma Daniel, Nada Syuhada, Saharul Ridzwan, Fazira Shafinaz, Farah Wahida, Hairi Ghani, Fyda, Syed Irfan, Aqil Nahar, Damia Qaissarah, Mia Deen
WATAK PELAKON
Aeril Zafrel sebagai Daniyal
Hannah Delisha sebagai Leanna
Izzue Islam sebagai Zhafran
Sophia Barakbah sebagai Rissa
Nadhir Nasar sebagai Sirhan
Saharul Ridzwan sebagai Zainudin
Syed Irfan sebagai Daniyal
Aqil Nahar sebagai Sirhan
Damia Qaissarah sebagai
Mia Deen sebagai Intan
LAGU TEMA / OST
Adira – Kesempatan Bagimu
SINOPSIS TERCIPTA SATU IKATAN
Kematian Jeffery telah membongkar satu persatu hal yang sebelum ini tidak pernah diketahui oleh Leanna tentang bapanya. Hubungan perkahwinan yang sudah lama dibina bersama Daniyal juga tiba-tiba menjadi mangsa curiga.
Kenapa you kahwin dengan I? – Leanna
Tetapi bila persoalan itu sudah terjawab, hati Leanna tetap tidak sepenuhnya dapat menerima. Masih ada perkara yang tergantung tidak selesai. Layanan Daniyal yang lebih baik dari sebelumnya juga sesekali menimbulkan rasa pelik di hati. Mengapa sikap suaminya berubah?
Because I love you – Daniyal
Walaupun berulang kali menyebut cinta, Daniyal tahu semua itu tidak akan selamanya mampu menutup rahsia yang sudah bertahun disimpan di dalam kamus hidupnya. Kepulangan Risa dalam keadaan dia sedang berusaha membina bahagia menegangkan semula keadaan. Wanita itu tidak akan berhenti mengejar selagi apa yang diinginkan tidak tercapai.
Lepas you dah sayangkan dia, you terus lupa pada I! Lupa pada sebab asal kita mulakan semua ni! – Risa
Don’t do this, Risa. I don’t want to fight with my own sister. – Daniyal
Adakah cinta Daniyal memang benar telus lahir dari hati? Atau sebenarnya kerana ada rasa bersalah yang sedang menggunung tinggi? Leanna pula sekali lagi tersepit di dalam dilema. Antara percayakan suami yang dicinta, atau terus mempertahankan bapa yang sudah tiada.
Apa yang berlaku semuanya tidak pernah melibatkan Leanna. Tapi kenapa di akhirnya dia juga yang terpaksa menanggung semua sengsara?