Penggali Kubur dan Miss Sleepwalker Episod 5

==

#andaiitutakdirnya
Saksikan drama ‘Penggali Kubur & Miss Sleepwalker’ lakonan Izzue Islam dan Riena Diana mulai 12 Mac 2023.

Judul : Penggali Kubur dan Miss Sleepwalker
Tonton Full Episod: 1-10
Tarikh Tayangan di Tonton: 12 Mac 2023
Idea Asal: Nur Farhana Yalah
Penulis Skrip: Amin Shakib, Ib Nawawi, Sharina NBJ
Pengarah: Azmi Hata
Produksi: Orangetree Production

Sinopsis Penggali Kubur & Miss Sleepwalker
Asyraf (Izzue Islam) selesa dan gembira dengan kehidupannya di bandar. Namun, bapanya, Pak Hamid, mempunyai hasrat yang berbeza bagi anak terunanya itu. Asyraf telah dipujuk untuk pulang ke kampung dan menetap di situ bagi meneruskan legasi bapanya sebagai penggali kubur.

Tatkala Asyraf teruja untuk melamar buah hatinya, Jasmine, satu plot telah dirancang oleh Razif, anak kepada bosnya, untuk memastikan dia dipecat. Kehilangan pekerjaan serta buah hatinya kepada Razif telah melahirkan rasa kecundang dalam dirinya. Kekecewaannya mendorongnya untuk pulang ke kampung halamannya.

Setibanya di kampung, baru dia mengetahui bahawa bapanya akan pergi melancong ke seluruh negara. Maka, tanggungjawab atas tanah perkuburan jatuh atas bahunya.

Malangnya, dalam perjalan ke destinasinya, kemalangan telah menimpa Pak Hamid. Namun, mayatnya tidak dapat ditemui. Hal ini telah menyebabkan kematiannya tidak dapat dipastikan.

Oleh demikian, Asyraf terpaksa mewarisi pekerjaan bapanya. Dia juga mewarisi penyodok ajaib yang memberikannya kelebihan untuk menggali lubang 10 kali lebih cepat berbanding tenaga lelaki biasa.

Pada ketika perkara ini berlangsung, terdapat seorang gadis yang bernama Syifa (Riena Diana) serta keluarganya yang baru pindah ke kampung. Mereka berharap kehidupan di kampung adalah lebih aman daripada di bandar. Ibu bapa Syifa beranggapan persekitaran kampung adalah lebih selamat buat anak perempuan mereka yang mempunyai tabiat tidur sambil berjalan. Perkara ini tidak diketahui umum.

Tabiat Syifa itu telah menyebabkan orang kampung percaya bahawa terdapat pontianak yang berkeliaran di kampung.

Pada suatu malam, sambil dia berada dalam status tidur, Syifa telah merayau-rayau sehingga ke tanah perkuburan di mana dia bertemu dengan Asyraf. Asyraf berasa yakin bahawa pontianak kampung itu hanyalah seorang gadis cantik yang sesat.

Sewaktu Asyraf cuba memperkenalkan dirinya kepada Syifa sewaktu dia sedar, Syifa tidak dapat mengenali jejaka tersebut kerana dia hilang ingatan apabila dia bangun dari tidurnya.

Khabar angin tentang harta Pak Hamid yang tidak diketahui lokasinya serta tuduhan bahawa Asyraf mengamalkan sihir mula tersebar dengan meluas. Asyraf berada dalam situasi yang sukar.

Selain perlu mencari harta bapanya dan membersihkan namanya, dia juga perlu mencari jalan untuk membantu Syifa dengan masalah tidurnya dan memenangi hati gadis tersebut. Mampukah Asyraf melakukan semuanya?

Comments are closed.