Anugerah Meletop Era(AME)2021/2022





#anugerahmeletopera2021 #Ame2021
Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME2021) kembali dalam edisi kelapan bersama dengan tema busana Glam Legend menerusi tagline #YangFreshYangLegend.

AME 2021 dipancarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 29 Mei 2022 bermula pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) serta boleh distrim online menerusi Astro GO, On Demand dan Sooka.

Sebanyak 16 kategori utama dipertandingkan dan peminat diberikan mandat seratus peratus dalam menentukan pemenang.

Namun bagi kategori utama iaitu Top Top MeleTOP, buat pertama kali ia menggunakan format penjurian yang diadili sepenuhnya oleh barisan juri profesional.

Comments are closed.